Sevilla mengumumkan pelantikan Eduardo Berizzo sebagai pengendali baru mereka.
Pengurus berusia 47 tahun itu mencapai kata sepakat untuk menandatangani kontrak selama dua tahun dan akan melengkapkan perpindahanya ke Ramon Sanchez Pizjuan dalam tempoh beberapa hari lagi.
Berizzo, yang membawa Celta Vigo mara ke separuh akhir Liga Europa pada musim lalu, menggantikan Jorge Sampaoli yang memilih jawatan ketua jurulatih Argentina.
"Sevilla dan Eduardo Berizzo sudah bersetuju untuk dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru selama dua musim," menurut satu kenyataan Sevilla, hari ini.
"Berizzo akan tiba di Seville dalam tempoh beberapa hari lagi untuk memeterai kontrak dan diperkenalkan secara rasmi sebagai jurulatih baru."
Celta mengumumkan pada 20 Mei lalu bahawa Berizzo akan meninggalkan kelab itu selepas tiga tahun berkhidmat di Balaidos.
Pada musim pertama di bawah kendaliannya, mereka menamatkan saingan LaLiga di tangga kelapan sebelum memperbaharui pencapaian itu di tangga keenam pada musim berikutnya untuk meraih tempat dalam Liga Europa.
Celta melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, namun tewas tipis kepada Manchester United. Begitupun, mereka bergelut dalam saingan liga apabila menamatkan kempen di tangga ke-13, musim ini.