Skip to main content

Bola Sepak

Beri ruang kepada FAM ikut acuan Joehari -- pemerhati sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joehari-ayub.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah dipilih bagi menerajui badan induk bola sepak tanah air perlu diberi ruang dan peluang sepenuhnya untuk menggarap masa depan bola sepak negara. 

Pemerhati sukan, Rizal Hashim, berpandangan bahawa Presiden FAM, Datuk Joehari Ayub, pastinya memiliki acuan yang tersendiri dalam menentukan hala tuju FAM. 

Ia selepas kongres luar biasa (EGM) di Ibu Kota hari ini mengesahkan Datuk Hamidin Mohd Amin sah dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM. 

"Takut-takut kalau reputasi besar Hamidin sebagai ahli jawatankuasa AFC, ahli majlis FIFA dan juga sebagai presiden FAM terdahulu akan membayangi kepimpinan Joehari Ayub yang sepatutnya diberi peluang dan sokongan oleh exco untuk merencana (FAM) mengikut caranya sendiri," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 




Dalam masa yang sama pelantikan, Tan Sri Hamidin, selaku presiden kehormat itu juga perlu dihormati atas peranan yang boleh dimainkan olehnya bagi memenuhi keperluan yang ada dari sudut nasihat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki. 

Bidang kuasa yang dimiliki oleh presiden  kehormat juga sudah tentunya memiliki batas-batas kuasa tertentu yang tidak melebihi daripada kuasa yang dimiliki oleh presiden FAM itu sendiri. 

"Walaupun sebagai presiden kehormat, saya percaya Hamidin akan memberi ruang kepada Joehari untuk muncul di khalayak, diberi peluang untuk bergaul dengan VIP (orang penting) dan pandai membawa diri. 

"Dan kalau boleh jadi tumpuan umum. Joehari harus kena lebih menonjol," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video