Skip to main content

Bola Sepak

Beri masa, ruang untuk Ten Hag bina semula Man United -- Ronaldo

erik-ten-hag-and-cristiano-ronaldo_1tsz6a366900v1ww5ydm9li7mf.jpg
Cristiano Ronaldo telah mengisytiharkan Erik ten Hag perlu diberikan masa dan kebebasan untuk membentuk semula Manchester United apabila pengendali kelahiran Belanda itu melangkah masuk mengambil alih tugas di Old Trafford.

Jangkaan besar diletakkan kepada pengurus baru Ten Hag, yang mengambil alih pengendali sementara, Ralf Rangnick, pada penghujung musim ini.

Pengendali itu merupakan seorang sentiasa mengejar gelaran tertinggi di Belanda bersama Ajax dan berdepan persaingan yang kuat dalam mendapatkan jawatan di United.

Laporan mencadangakan bahawa Pochettino dan Julen Lopetegui turut antara yang dicanang berusaha mendapatkan tugas di Red Devils, tetapi United memilih Ten Hag.

Penyerang veteran, Ronaldo, dilihat sebagai kunci utama bersama Ten Hag, selepas menjaringkan 24 gol untuk United musim ini.

Pemain berusia 37 tahun itu, yang telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk bulan April, berkata Ten Hag perlu diberikan kebebasan yang diperlukan untuk membentuk semula pasukan.

"Apa yang saya ketahui mengenai dirinya adalah dia telah melakukan tugas yang cemerlang buat Ajax, seorang pengendali yang berpengalaman," kata Ronaldo. "Tetapi kami perlu memberikan masa kepadanya.

"Perkara yang perlu ditukar mengikut rentaknya.

"Saya berharap kami mampu melakar kejayaan, kerana jika anda berjaya, seluruh Manchester turut meraih kejayaan. Saya mengucapkan semoga berjaya buatnya."
 

Pemenang Ballon d'Or lima kali, Ronaldo, menerusi laman web rasmi United, berkata pelantikan Ten Hag seharusnya memastikan semua yang terlibat melahirkan semangat optimis yang baru.

Musim ini ternyata sesuatu yang mengecewakan buat United, yang terlepas slot ke Liga Juara-Juara (UCL) dan menamatkan musim tanpa sebarang trofi utama buat musim kelima berturut-turut.

Ten Hag pula pula baru sahaja menamatkan musim menjuarai Eredivisie.

"Saya sangat gembira dan teruja, bukan hanya sebagai pemain tetapi penyokong turut sama," katanya.

"Saya mengucapkan dia akan berjaya dan mari bersama=sama meletakkan kepercayaan bahawa, tahun depan, kami akan memenangi gelaran."

Advertisement

Must Watch Video