Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu diberi kuasa penuh bagi mengendalikan pengurusan bola sepak di negara ini supaya arena sukan nombor satu di Malaysia itu lebih teratur.
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, berkata sejak pembaharuan dilakukan, termasuklah pembabitan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), banyak masalah yang timbul, terutama dalam liga bola sepak di negara ini.
"Kalau kita mahu majukan bola sepak, pengurusan perlulah diperbaiki dan yang paling penting perlunya satu badan yang mempunyai kuasa khusus.
"Sebagai contoh, kalau kita lihat liga bola sepak di negara kita, sejak MFL mengambil alih, begitu banyak masalah yang timbul, termasuklah pengguguran pasukan dan ada juga yang menarik diri.
"Saya percaya sekiranya perkara ini mendapat bimbingan FAM serta dibuat secara teratur, ia mungkin boleh dilakukan," katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.
Peter berkata telah wujud 'bibit-bibit' perpecahan selain ketidakpuasan hati penaja-penaja utama sehingga ada yang mahu menarik diri sejak MFL terbabit dengan FAM.
"Kita kena ambil ini sebagai iktibar kerana jika ia berlarutan, sudah pasti masalah pembangunan bola sepak kita akan terjejas.
"Sudah tiba masanya FAM diberi kuasa sepenuhnya seperti sebelum ini agar pelan pembangunan bola sepak negara lebih teratur dengan kerjasama semua ahli gabungannya di seluruh negeri.
"Apa yang saya nampak ketika ini adalah pertindihan kuasa dan kadang-kadang sekiranya pihak SAFA sendiri mahu menghantar surat, kami kurang jelas surat itu mahu ditujukan kepada siapa, sama ada MFL atau FAM," katanya.
Sementara itu, Peter turut mempersoalkan kelewatan MFL mengagihkan geran tahunan kepada ahli-ahli gabungan FAM sehingga mengakibatkan pembangunan bola sepak di negeri-negeri terbantut.
"Dahulunya di bawah seliaan FAM, ia tidak menghadapi masalah, geran itu sepatutnya diberikan pada awal tahun tetapi sekarang kita sudah mahu memasuki bulan Mei.
"Ini sesuatu yang tidak baik untuk pembangunan bola sepak kita. Sekiranya kita ingin melahirkan lebih ramai pemain yang mampu menyumbang kepada negara, kita perlu penambahbaikan daripada segi pengurusan," katanya.
Terdahulu sebelum sidang media itu, Peter turut mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pagi tadi bagi membincangkan beberapa isu, termasuk hala tuju bola sepak Sabah dan negara.