"Mahu susun pemain untuk aksi dengan Vietnam, harap keputusan terbaik ke atas Sri Lanka," itu hasrat yang diluahkan jurulatih negara Tan Cheng Hoe, sebelum menguji anak buahnya menjelang aksi dengan Sri Lanka, esok.
Cheng Hoe mahu anak buahnya menguasai kedua-dua objektif skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.
Pengendali berusia 51 tahun itu mengakui dia sudah memiliki beberapa set pemain untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama dengan mengharapkan kredibiliti setiap pemain mampu memenuhi tuntutan yang dimahukan.
Meletakkan harapan untuk meraih keputusan positif, pertemuan dengan Sri Lanka esok juga merupakan peluangnya untuk memilih 23 pemain ke Hanoi untuk berdepan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
"Kami mahu mendapatkan keputusan positif dan mengembalikan momentum pasukan. Malaysia telah beraksi cemerlang dalam dua perlawanan terdahulu, namun ia turut menjadi peluang kepada pemain lain diberikan masa beraksi dan menguji kemampuan," katanya.
Dalam masa sama, jurulatih Sri Lanka, Nizam Packeerali, memberi amaran bahawa skuad bimbingannya bukan pasukan yang sama seperti tahun lalu.
Kekalahan 4-1 tahun lalu bukan gambaran yang sempurna untuk menilai anak buahnya ketika ini.
Malah, Nizam yakin anak buahnya mampu buat skuad Malaysia berhadapan kesukaran dalam aksi 90 minit di Bukit Jalil nanti.
"Sri Lanka kini menampilkan corak permainan yang berbeza. Selepas 16 tahun, ini merupakan kali pertama Sri Lanka beraksi dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia," katanya.