Penjaga gol Arsenal, Petr Cech, tidak percaya bahawa beraksi dalam Liga Europa musim depan adalah satu bencana walaupun kelab itu masih berharap dapat mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.
Sekiranya The Gunners berjaya menewaskan Everton, Sabtu ini, mereka masih perlu mengharapkan agar Liverpool diikat seri berdepan Middlesbrough -- atau Manchester City tewas kepada Watford menerusi perbezaan gol -- jika mahu mendapatkan peluang menamatkan saingan dalam kelompk empat terbaik liga.
Jika tidak, Arsenal akan beraksi dalam Liga Europa bagi musim 2017-18, sesuatu yang tidak pernah dialami mereka dalam tempoh 17 tahun.
Bagi Cech -- yang pernah menjuarai Liga Europa bersama Chelsea pada tahun 2013 -- kejohanan itu seharusnya mendapat penghormatan sewajarnya, apatah lagi kali ini pemenangnya akan mendapat tiket automatik ke Liga Juara-Juara.
"Ia tetap menawarkan kejuaraan Eropah," Cech bercakap kepada wartawan selepas melakar kemenangan ke atas Sunderland, kelmarin.
"Sudah tentu semua mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara berbanding Liga Europa tetapi setiap pasukan di Eropah semakin menghormati Liga Europa kerana ia tetap satu kejohanan Eropah.
"Apatah lagi juara Liga Europa kini akan mendapat tiket ke Liga Juara-Juara.
"Bagi saya, muncul juara Liga Europa merupakan pengalaman yang terbaik.
"Sudah tentu saya mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara tetapi kita lihat apa yang akan berlaku."
Pada masa sama, Cech berpendapat Arsenal akan membuat kesilapan besar sekiranya terlalu memberi fokus kepada Liverpool dan Manchester City daripada memastikan kemenangan ke atas Everton.
"Jangan lupa bahawa perlawanan sukar menanti kami," kata pemain berusia 34 tahun itu.