Rafael Benitez mendedahkan dia sedang "menunggu jawapan" mengenai masa depannya bersama Newcastle United selepas menolak laporan untuk berkelana ke Perancis.
Pengurus Newcastle itu masih di bawah kontrak hingga penghujung musim ini tetapi masih tiada kepastian sama ada dia akan terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai kelab itu pada Mac 2016.
Terdapat laporan media Perancis yang mencadangkan jurulatih itu berada dalam pemantauan sebuah kelab Ligue 1, namun Benitez menegaskan ia tidak tepat.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Sepanyol itu mengesahkan dia masih belum mendengar sebarang perbincangan kelab mengenai perancangan jangka masa panjangnya bersama pasukan Newcastle.
"Saya telah membacanya," kata Benitez.
"Satu-satunya yang berada dalam tumpuan saya adalah Newcastle dan saya masih lagi menunggu jawapan mengenai masa depan saya bersama kelab ini," kata Benitez dalam sidang media pra-perlawanan di laman sendiri berdepan Crystal Palace, pertembungan penentuan bagi memastikan mereka kekal dalam cabaran EPL musim depan.
Newcastle tewas kepada Arsenal tetapi mereka telah merakamkan lima kemenangan sebelum ini dan ia akan membantu pasukan itu mengekalkan status sebagai kelab EPL.
"Saya telah memberitahu sebelum ini, 38 mata cukup untuk memastikan Newcastle kekal tetapi kami akan cuba untuk mendapatkan 40 mata."
Fabian Schar sedia berdepan The Eagles selepas digantung dua perlawanan sementara Benitez mengesahkan Mohamed Diame, Isaac Hayden dan DeAndre Yedlin bakal terlepas aksi seterusnya.