BENFICA 3 DYNAMO KYIV 0
Benfica mara ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) dengan agregat 5-0 ke atas Dynamo Kyiv, awal pagi tadi, selain Maccabi Haifa dan Viktoria Plzen turut layak.
Ketiga-tiga pasukan itu kini akan menantikan undian Jumaat ini untuk mengetahui siapa yang akan mereka hadapi di peringkat kumpulan.
Benfica yang lolos ke suku akhir musim lalu membina kemenangan 2-0 pertemuan pertama dengan Kyiv yang mempamerkan berkarat itu menerusi jaringan separuh masa pertama daripada Nicolas Otamendi, Rafa Silva dan David Neres untuk membunuh perlawanan berkenaan lebih awal di Estadio da Luz.
Plzen turut mara selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Qarabag 2-1 secara agregat.
Gol separuh masa pertama daripada Filip Ozobic meletakkan wakil Azerbaijan itu di depan selepas pertemuan pertama buntu tanpa jaringan, tetapi Jan Kopic dan Jan Kliment merobek gawang lawan selepas rehat untuk mengubah permainan sekali gus membawa mereka ke peringkat kumpulan buat kali pertama sejak kempen 2018-19.