Skip to main content

Bola Sepak

Benatia sertai Juve secara tetap

13517medhiabenatia.jpg
Juventus telah menandatangani pertahanan Medhi Benatia secara tetap daripada Bayern Munich yang perpindahan yang bernilai EURO17 juta.

Benatia beraksi bersama juara Serie A itu secara pinjaman pada pembukaan musim ini, dan telah membuat 18 penampilan dalam semua kejohanan.

Dia telah bersetuju menandatangani kontrak bersama Old Lady sehingga Jun 2020.

Dengan Giorgio Chiellini, Andrea Barzagli dan Leonardo Bonucci mempamerkan prestasi yang mantap bagi membarisi jentera tiga pertahanan, Benatia beraksi sebagai pemain gantian bagi membantu pasukan berjuang bagi membantu pasukan mencipta treble musim ini.

"Saya sangat gembira. Sejak tiba bersama pasukan ini, saya memiliki perancangan untuk kekal bersama Juve. Saya tidak mahu kembali ke Bayern," kata Benatia.

"Ini merupakan hari-hari yang positif saya dan berharap masa depan saya penuh dengan memori yang menarik.

"Saya gembira dan berharap dapat beraksi dengan lebih kerap kerana tiada saingan Piala Negara-Negara Afrika musim hadapan (AFCON)."

Advertisement

Must Watch Video