Zlatan Ibrahimovic memberitahu Manchester United supaya melepaskan Paul Pogba jika pemain tengah itu tidak lagi berminat untuk kekal di Old Trafford.
Pogba telah mendedahkan dia mahu mendapatkan cabaran baru dan ejennya, Mino Raiola, turut mendedahkan pemain kebangsaan Perancis itu sedang mencari jalan untuk meninggalkan United.
Bekas rakan sepasukan Pogba, Ibrahimovic, berkata gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu membenarkan pemain tengah itu -- yang kuat dikaitkan dengan perpindahan ke
Real Madrid – meninggalkan pasukan.
"Saya berasakan jika tidak mahu bersama pasukan, tiada sebab kelab perlu menyimpannya," kata bintang LA Galaxy itu kepada BBC.
"Anda perlu lepaskan Pogba jika dia mahu bersama pasukan lain, gunakan situasi ini untuk mendapatkan pemain yang mahu bersama United.
"Bilik persalinan sesebuah pasukan memerlukan pemain-pemain yang menghormati antara satu sama lain. Mereka adalah pemain profesional dan mereka memahami situasi masing-masing.
"Jika seseorang pemain itu tidak mahu bersama pasukan tersebut, dia sememangnya tidak akan memberikan persembahan terbaik dan ia mungkin boleh mengundang masalah kepada pasukan.
"Perkara terbaik adalah demi kelangsungan kelab dan pasukan dan perkara itu harus diberi keutamaan."
Manchester United akan turun beraksi dalam aksi pramusim terakhir berdepan AC Milan dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), Sabtu ini.