Skip to main content

Bola Sepak

Benam Vietnam hanyalah permulaan, kini masa untuk Malaysia 'bangun' -- Rob Friend

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

friend.jpg
Kemenangan bergaya 4-0 Malaysia ke atas Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 merupakan pelantaar untuk pembangunan sukan bola sepak Malaysia melewati satu revolusi baharu.

Malaysia menamatkan kemarau 11 tahun untuk menewaskan Vietnam dan ia terhasil menerusi keputusan yang cukup luar biasa. 

Kemenangan Malaysia didukung menerusi gol yang disumbang oleh Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Lavere Corbin-Ong, dan Dion Cools.

Mengambil petikan kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, yang melaungkan kemenangan ke atas Pahlawan Bintang Emas itu hanyalah permulaan.

"Bagi kami, ini seperti permulaan sesuatu yang benar-benar istimewa. Ia memberi tenaga kepada keseluruhan ekosistem dan menanamkan kepercayaan kepada pemain, mengesahkan kerja jurulatih, mengujakan peminat, dan menarik perhatian rakan kongsi dan pelabur. 

"Ia membantu membina kredibiliti dan kepercayaan sambil kami mengejar matlamat yang lebih bercita-cita tinggi," katanya menerusi The Star.

"Keghairahan mereka untuk mewakili Malaysia terserlah. Kami mempunyai sistem pencarian pemain yang teguh menggunakan data dan rangkaian global, dan kami akan terus mengenal pasti bakat di luar negara dengan akar Malaysia yang ingin berbangga memakai warna kebangsaan.

"Ia menuntut usaha jangka panjang yang konsisten merentasi setiap lapisan ekosistem. Ia bermula dengan akar umbi dan dalam pelaburan dalam pembangunan belia, pendidikan kejurulatihan, dan menyediakan laluan yang jelas dari peringkat akademi ke peringkat profesional. Infrastruktur adalah sama penting.

"Saya selalu berkata Malaysia adalah gergasi tidur dalam bola sepak. Sekarang adalah masa untuk bangun."

 

Advertisement

Must Watch Video