Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, bertegas bahawa lapan pemain import yang diperkenalkan hari ini sudah cukup untuk Selangor memulakan saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Menurutnya, tiada sebarang pertambahan lagi untuk melengkapkan kuota pemain asing kesembilan walaupun ada ura-ura mengatakan ia milik Ifedayo Olusegun.
"Selain pemain tempatan, kami sudah ada tiga import di bahagian serangan.
"Ketika ini kami tiada perancangan untuk Ifedayo.
"Kami sedang menilai mungkin di bahagian serangan, pertahanan atau tengah.
"Mungkin (khidmat) Ifedayo atau pemain asing yang lain boleh dipertimbangkan dalam jendela kedua," katanya yang ditemui dalam majlis perkenalan Selangor bagi musim 2023 di sebuah gedung membeli belah, hari ini.