Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin, mengakui ia adalah sesuatu yang istimewa mendengar minat yang ditunjukkan bekas kelabnya, Barcelona.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang kerap dikaitkan dengan perpindahan, berpotensi kembali ke Camp Nou walaupun telah melanjutkan kontraknya bersama Gunners -- dilaporkan sehingga 2023 -- pada November lalu.
Bellerin menyatakan pada akhir tahun lalu bahawa dia tidak berminat untuk menyertai semula Barca tetapi walaupun mengulangi bahawa dia berasa kurang dihargai di kelab itu, dia mengakui khabar angin terbaru itu membuatnya bangga.
"Adalah bagus terdapat banyak kelab besar yang berminat ke atas saya tetapi jika salah satunya ialah Barcelona, itu istimewa," katanya kepada Sport.
"Saya tidak lupa saya membesar di sana dan saya tidak akan lupa saya tinggal di Barcelona."
Mengenai kekecewaan Bellerin di Barca sebelum menyertai Arsenal pada 2011, dia berkata: "Saya meninggalkan Barcelona kerana saya berasakan kelab itu tidak yakin terhadap saya, saya tidak berasa dihargai, saya berasa kecewa."
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata minggu lalu bahawa adalah sukar untuk membayangkan Bellerin menandatangani kontrak dengan Barca, tidak berapa lama selepas memperbaharui kontraknya di Stadium Emirates.
"Minat Barcelona ke atas Bellerin adalah sangat sukar untuk diambil serius," katanya dalam sidang akhbar. "Dia baru sahaja menandatangani kontrak baru dan masih mempunyai baki selama beberapa tahun lagi."
Laporan di Sepanyol menyebut Bellerin muncul sebagai sasaran utama Barca sebelum musim depan dengan posisi bek kanan terbukti menjadi keutamaan susulan pergelutan yang dihadapi ketua jurulatih, Luis Enrique.
Sergi Roberto kerap digunakan sebagai pemain pertahanan sementara manakala Javier Mascherano pernah digunakan di posisi berkenaan sejak Aleix Vidal mengalami kecederaan buku lali serius, bulan lalu.
Pemain Tottenham Hotspur, Kyle Walker, Cedric Soares (Southampton) dan Joao Cancelo (Valencia) turut dikaitkan dengan juara LaLiga itu.