Skip to main content

Bola Sepak

Belia orang pekak sasaran utama MaSDeaf Melaka

11116masdef.png
Pihak pengurusan Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MaSDeaf) menyasarkan murid sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran, pelajar institusi pengajian tinggi swasta dan kerajaan serta belia yang mempunyai masalah pendengaran untuk bersama-sama menyertai program pembangunan bola sepak yang bakal dilaksanakan.

“Kami menyasarkan golongan ini kerana stamina dan tenaga mereka masih berbisa. Kami cuma memerlukan bakat yang dimiliki oleh mereka untuk diasah dalam program pembangunan bola sepak tersebut," kata Penasihat MaSDeaf Melaka, Profesor Madya Dr. Zaidi Embong.

Selain itu, pihaknya turut berusaha untuk mengumpul dana yang dijangka memakan hampir puluhan ribu ringgit, dengan mengadakan pelbagai aktiviti amal yang boleh menampung kos program pembangunan bola sepak berkenaan.

Beliau berharap agar semua pihak dapat membantu MasDeaf United dalam bentuk pemikiran, daya usaha dan juga kewangan bagi menjadikan kelab bola sepak warga pekak negeri Melaka berjaya.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found