Skip to main content

Bola Sepak

Belasungkawa: Bekas legenda bolasepak negara, Sharuddin Abdullah meninggal dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sharuddin-abdullah.jpg
Bekas penyerang kebangsaan dan Pulau Pinang lewat era 60-an hingga awal era 80-an, Shaharuddin Abdullah, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 75 tahun, pagi tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan jolokan 'The Black Cat' dan 'Sharpshooter' meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak pada jam 5.07 pagi Khamis.

Berita pemergian penjaring gol sulung Malaysia di Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972 itu disahkan anaknya, Shahrina Shaharuddin.

Advertisement

Arwah dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad lalu akibat lelah atau sesak nafas.

Difahamkan arwah juga menghadapi masalah darah tinggi dan asma.

Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman anaknya di Kampung Kaki Bukit Jana dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Silverstone Kamunting selepas Zuhur.

Mendiang telah bermain dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan Sukan Olimpik 1972 dan telah menjaringkan gol ketika menang 3-0 ke atas Amerika Syarikat. 

Secara keseluruhan, Shaharuddin mempunyai 70 kaps penampilan dengan 39 gol antarabangsa untuk Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran dan mewakili Malaysia dari 1968 hingga 1981.
 
 

Must Watch Video