Skip to main content

Bola Sepak

Bekas penjaga gol Harimau Malaya ketika Piala Asia 2007, Azizon Kadir sedang pulih, stabil di hospital

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizon.jpg
Bekas penjaga gol Harimau Malaya, Azizon Kadir, dilaporkan mengalami kemalangan motorsikal di jalan raya selepas, pada petang Ahad semalam.

Namun, belum ada pengesahan rasmi apakah punca kepada insiden tersebut dan tahap kecederaan serius yang dialami.

Menurut perkongsian di Facebook, bekas bintang Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur itu kini telah stabil dan sedang melalui fasa pemulihan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ketika ini.

Kini, Azizon menandatangani kontrak sebagai jurulatih penjaga gol bersama sebuah kelab amatur di Lembah Klang, AAK FC.




Azizon atau mesra dipanggil Bob memulakan karier di Melaka pada tahun 2000 sebelum ke Negeri Sembilan selama tiga musim dari 2004/07.

Seterusnya, Bob menabur bakti di Kuala Muda Naza pada musim 2007/09 tapi 2008 dipinjamkan ke Sarawak. Dia juga pernah juga bermain di Sabah, PDRM, Perak dan terakhir di Perlis pada 2016. 

Azizon Kadir merekodkan 11 penampilan bersama skuad kebangsaan dan merupakan antara tonggak Malaysia dalam kempen Piala Asia 2007 di tempat sendiri.

Advertisement

Must Watch Video