Bekas Pengarah Manchester United, Michael Knighton, dia sedang berbincang dengan beberapa jutawan sebelum melancarkan tawaran pengambil alihan di Old Trafford.
Knighton, 70, mendedahkan dia telah mengumpulkan konsortium yang berminat untuk membeli kelab itu dan dia sedia memikul peranan sebagai perunding sekiranya perjanjian berkenaan dicapai.
Pemilik semasa kelab -- keluarga Glazer -- menerima tekanan lebih hebat berikutan permulaan buruk The Red Devils dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penyokong telah mengadakan beberapa protes terhadap pemilik dari Amerika Syarikat (AS) itu dan Knighton percaya mereka telah mengubah Old Trafford menjadi "Teater Mimpi Ngeri"
Dan bekas pengarah itu -- yang cuba membeli kelab itu pada 1989 tetapi tidak menjadi kenyataan -- menjelaskan bahawa dia telah bercakap dengan tiga rakan kongsi berpotensi untuk mengemukakan perjanjian tersebut.
"Mereka adalah bilionair kecil dan saya telah berbincang dengan mereka selama tiga hingga empat bulan," katanya kepada ITV News.
"Apabila saya didekati oleh beberapa kumpulan peminat, peliknya mereka berkata 'lihat, kelab kami hampir mati, bolehkah anda melakukan sesuatu?'
"Saya kemudian membuat beberapa panggilan telefon dan sejak itu saya berjaya menarik minat konsortium ini.
"Pokoknya sekarang ialah: seseorang terpaksa membuat pendirian."
Knighton turut mendedahkan dia telah menghubungi jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe, yang baru-baru ini cuba membeli Chelsea.
Dia berkata: "Jika kami boleh menarik Sir Jim untuk membeli Manchester United, konsortium saya pasti akan berusaha keras kerana kami telah sepakat terhadap apa yang mahu dilakukan.
"Kami akan membuat bidaan melalui konsortium ini tetapi saya mahu memberitahu, sumber kami belum cukup untuk menjayakannya."