Bekas pemain Itali, Alberto Aquilani, yang pernah beraksi buat AS Roma, Livepool, Juventus dan Fiorentina, mengumumkan persaraannya semalam.
Pemain berusia 34 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan Las Palmas di penghujung musim 2017-18.
Dan selepas setahun tidak beraksi, Aquilani yang melalui tempoh mengecewakan sewaktu menyarung jersi Liverpool bagi saingan Liga Perdana Inggeris dan 38 kali mewakili Itali, mengumumkan persaraannya.
"Setelah beberapa tempoh, saya rasa sudah tiba masa untuk menggantung kasut," katanya melalui laman Instagram.
"Namun, masih ada masa untuk segalanya. Kini sudah tiba masa untuk melalui laluan baru, berbeza daripada aspek seharian tetapi dalam masa mendapatkan sesuatu sebagai cabaran baru.
"Saya memerlukan masa untuk memahami apa yang terbaik. Namun, walaupun ada beberapa tawaran, saya fikir sudah cukup."
Legenda Roma, Francesco Totti, yang menamatkan karier panjang bersama Roma merupakan sebahagian daripada bekas rakan sepasukan Aquilani yang memberikan pesanan sokongan.
"Seorang pemain hebat," ujar Totti sambil legenda Serie A, Luca Toni, menambah: "Pemain bagus dan kini tiba masa untuk keseronokan! Nikmatinya!!"