Pemain legenda Manchester United, David Beckham, mengakui perubahan diperlukan di Old Trafford tetapi berharap Cristiano Ronaldo akan kekal sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan The Red Devils.
United yang dibimbing Ralf Rangnick untuk sisa musim ini mempamerkan aksi mengecewakan dalam kekalahan 0-4 di Brighton & Hove Albion kelmarin dan mereka telah melepaskan lebih banyak gol (56) berbanding mana-mana kempen Liga Perdana (EPL) sebelum ini.
Keputusan itu mewakili paras terendah baru dalam musim yang cukup suram buat United yang turut mengumpul jumlah mata paling rendah dalam EPL menerusi 58 mata –- enam mata kurang daripada pungutan yang dicapai sepanjang musim 2013-14 tatkala mereka memiliki hanya satu perlawanan lagi.
Pengurus Ajax, Erik ten Hag, bakal menggantikan Rangnick di penghujung musim ini dan pengendali berbangsa Belanda itu akan menggalas peranan untuk rombakan besar-besaran berikutan ramai pemain yang akan tamat kontrak jadi beberapa muka baru diperlukan.
Paul Pogba dilaporkan menjadi sasaran Manchester City sebaik kontraknya tamat pada bulan depan sementara masa depan Ronaldo masih dalam penelitian dan impak yang dicipta penyerang Portugal itu terus menjadi topik perdebatan.
Ronaldo telah menyumbat sembilan daripada 13 golnya dalam 11 perlawanan terakhir untuk koleksi 18 gol liga musim ini.
Bagaimanapun, persoalan mengenai pengaruh bekas pemain Real Madrid itu terhadap tekanan di United terus berlegar tetapi tetap Beckham mendambakan Ronaldo dapat tampil sebagai sebahagian daripada rancangan Ten Hag bagi penggal akan datang.
"Jelas sekali Cristiano adalah salah seorang pemain terbaik sejak 15 tahun lalu di samping Leo Messi," kata Beckham kepada Sky Sports semasa menghadiri Grand Prix Miami.
"Saya mahu melihat dia kekal, mudah-mudahan di United, ia mustahak buat peminat. Ia juga penting baginya -– kita tahu betapa besar erti Man United kepadanya. Dia masih melakukan yang terbaik, menjaringkan gol. Itulah yang Cristiano lakukan.
"Untuk melakukan apa yang dilakukannya pada usianya adalah benar-benar luar biasa, jadi diharapkan ia berterusan untuk setahun dua lagi."

58 - Manchester United’s defeat leaves them on 58 points with just one Premier League game remaining this season, guaranteeing that 2021-22 will see their lowest ever points total in a campaign in the competition (previously 64 in 2013-14). Rebuild? pic.twitter.com/LLQS4LTEy8
— OptaJoe (@OptaJoe) May 7, 2022