Mesti ada yang belum 'move on' lagi dari kemenangan besar 4-0 Malaysia kepada Vietnam Selasa lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil kan? Mana taknya, Harimau Malaya dah tunggu 11 tahun sebelum sejarah tercipta kembali.
Dan seperti yang dicanang sana sini, Harimau Malaya memang solid dengan kedatangan pemain 'Malaysian Abroad'.
Apa yang boleh diperkatakan, kemunculan Rodrigo Holgado memang mencuri tumpuan! Penyerang berpengalaman yang menonjol melalui perjalanan antarabangsa sejak Argentina, Mexico, Chile hingga Colombia.
Dengan warisan nenek Malaysia, dia kini dianggap aset penting untuk Harimau Malaya.
Dedikasi, disiplin yang sangat tinggi antara ciri-ciri yang wujud dalam individu ini.
Menurut perkongsian analisis di studio Nadi Arena edisi 11 June, bersama wartawan Zulhelmi Zainal Azam, Holgado terus diterbangkan pulang ke Colombia dengan pertukaran empat lapangan terbang.
Ini adalah kerana Holgado perlu bersama pasukan America de Cali yang dijadualkan berdepan Deportes Tolima dalam saingan Categoria Primera A turut berlangsung para minggu ini.
Perjalanan mengambil masa sekurang-kurangnya 30 jam. Bayangkan dengan keadaan yang memaksa lima jahitan berlaku di kepala selepas insiden pelanggaran dalam perlawanan berdepan Vietnam.
Jika ini petanda awal kebangkitan Harimau Malaya di bawah era kendalian Peter Cklamovski, tak sabar rasanya untuk tunggu perlawanan seterusnya berdepan Laos pula pada 9 Oktober.
Optimis satu lagi keputusan positif mampu diraih. Bak kata rakan setugas Zulhelmi, see you in Saudi Arabia!

Pulang ke Colombia dengan beberapa jahitan di kepala, Rodrigo Holgado kejar flight untuk beraksi bersama kelab dalam perlawanan terdekat. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/MiBCgatxkB
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 11, 2025