Skip to main content

Bola Sepak

Bayern tidak gopoh urus perbincangan kontrak pemain bintang

manuelneuer-cropped_1vngxyzenyk48100cmdgm3okmm.jpg
Hassan Salihamidzic menegaskan Bayern Munich tidak tergesa-gesa dalam menguruskan perbincangan kontrak dengan barisan bintang sambil mereka kini fokus dalam cabaran yang dihadapi.

Bayern melangkah ke suku akhir saingan DFB-Pokal selepas menewaskan Hoffenheim 4-3, awal pagi tadi.

Mereka kini mengungguli Bundesliga serta mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah dan ia menjadi fokus gergasi Jerman itu walaupun Manuel Neuer, Thomas Muller, Javi Martinez, David Alaba dan Thiago Alcantara bakal menamatkan kontrak akhir musim depan.

"Kami sedang berbincang tetapi dalam beberapa minggu akan datang, fokus kami adalah kepada saingan kejohanan," kata Pengarah Sukan Bayern, Salihamidzic.

"Penting untuk kami kekal fokus dalam aksi akan datang. Itu fokus utama kami."

Ditanya jika dia risau kemungkinan kelab lain cuba mendapatkan khidmat barisan bintang Bayern, Salihamidzic berkata: "Tidak. Pastinya ia akan berlaku kepada pemain utama tetapi kami memiliki pengalaman dalam menghadapi saingan terlebih dahulu. Itu yang akan kami lakukan.

"Namun, seperti saya katakan sebelum ini, kami sedang dalam perbincangan, pemain tahu tentangnya dan tiada sebarang masalah."


Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found