Hansi Flick berpendapat Bayern Munich telah menerima peringatan ketika mencatat kemenangan 4-3 ke atas Hoffenheim dalam aksi DFB-Pokal, awal pagi tadi.
Selepas bangkit daripada ketinggalan di awal permainan, Bayern mendahului 4-1 di Allianz Arena sebelum dua gol lewat Moanes Dabour mencetus keresahan tuan rumah.
Flick berkata keputusan itu adalah amaran buat Bayern yang bakal melayan kunjungan RB Leipzig dalam pertemuan dua kelab teratas Bundesliga, hujung minggu ini.
"Anda sentiasa boleh melihatnya satu cara dan sebagainya," kata pengurus Bayern itu.
"Saya sentiasa melihat secara positif dan berpendapat aksi hari ini adalah satu peringatan. Ia hampir sama dengan babak kedua di Mainz.
"Kami tidak berada dalam permainan sepanjang masa dan memperlahankan rentak. Saya tidak fikir ia juga menjadi punca dalam aksi hari ini.
"Saya tidak mahu menafikan prestasi Hoffenheim. Mereka cemerlang dalam babak kedua."
Jerome Boateng dan Benjamin Hubner menyumbat jaringan sendiri dalam 12 minit pertama tetapi dua gol Robert Lewandowski serta ledakan Thomas Muller memberikan kelebihan buat Bayern.
Pertahanan, Joshua Kimmich, berkata Bayern terlepas peluang untuk memberikan pesanan walaupun menerima amaran perlu tampil dengan aksi terbaik selama 90 minit.
"Pasukan dan jurulatih bercakap ketika rehat. Ia boleh menjadi signal jika kami menang 4-1 atau 5-1 dalam aksi hari ini," katanya.
"Kami perlu berusaha lebih keras untuk berjaya."
Editor: Nafis Abdullah