Carlo Ancelotti meletakkan keutamaan Bayern Munich untuk menamatkan saingan musim ini dengan baik walaupun sudah bergelar juara Bundesliga.
Bayern menjulang gelaran liga buat kali kelima berturut-turut dengan meraih kemenangan 6-0 ke atas Wolfsburg minggu lalu, bagaimanapun gagal mengulangi prestasi mereka ketika menundukkan Darmstadt 1-0, semalam.
Walaupun menguasai permainan dan menghasilkan banyak peluang menjaringkan gol, Bayern gagal menambah gol yang dihasilkan Juan Bernat di awal permainan dan penjaga gol, Tom Starke, berjaya menidakkan sepakan penalti pasukan lawan untuk meraih tiga mata penuh.
Ancelotti yang menyaksikan percubaan daripada Robert Lewandowski dan Franck Ribery terkena tiang gol pada separuh masa kedua di Allianz Arena, mahu melihat penambaikan di dalam sentuhan penyudah dalam baki dua perlawanan musim ini.
"Kami memiliki banyak peluang -- bagaimanapun perlu bermain dengan baik. Saya berharap Bayern dapat beraksi dengan baik dalam baki dua perlawanan," katanya.
"Saya memberikan masa kepada pemain yang kurang beraksi kebelakangan ini.
"Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama. Darmstadt berjaya menyukarkan kami pada separuh masa kedua."
Wira Bayern, Starke -- yang merupakan penjaga gol ketiga pasukan -- diberikan penampilan pertama dalam saingan Bundesliga sejak Mac 2014 selepas Sven Ulreich menyertai Manuel Neuer untuk diketepikan kerana mengalami kecederaan.
Penjaga gol veteran itu tidak mengecewakan, berjaya menepis beberapa percubaan pasukan lawan termasuk menidakkan sepakan penalti Darmstadt, dengan pemain berusia 36 tahun itu gembira kerana kembali beraksi di pentas Bundesliga.
"Saya menikmati setiap saat alaupun ketika sedang memanaskan badan," kata Starke.
"Ia sangat istimewa untuk beraksi di Allianz Arena."