Bayern Munich telah menjarakkan diri mereka daripada laporan mengenai pemain sayap Manchester City, Leroy Sane, kini di ambang menyertai juara Bundesliga itu.
Sane telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai Bayern sepanjang musim panas ini selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama City pada penghujung musim lalu.
Bayern tidak berselindung mengenai keinginan mereka untuk menandatangani pemain kebangsaan Jerman itu, dengan pengendali pasukan, Niko Kovac, telah berbincang mengenai kebarangkalian untuk menyempurnakan perpindahan Sane sebelum memohon maaf di atas kata-katanya.
Kovac telah dikritik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, dan pengarah, Hasan Salihamidzic, kerana membincangkan tentang perpindahan Sane secara umum, selepas menyifatkan Sane sebagai pemain impian untuk Bayern.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kicker dan Bild, Sane telah membuat keputusan bersetuju untuk menyertai Bayern dan perpindahannya dijangka bernilai EURO 100 juta (RM459 juta).
Tetapi gergasi Jerman itu pantas menepis khabar angin itu menerusi pesanan ringkas di laman rasmi Twitter kelab.
"Laporan berita yang menyatakan bahawa Leroy Sane telah memutuskan untuk menyertai FC Bayern adalah tidak benar."
Bayern kini sedang mencari pemain sayap baru selepas kehilangan khidmat Arjen Robben dan Franck Ribery pada penghujung musim lalu manakala Serge Gnabry dan Kingsley Coman mengalami kecederaan ketika beraksi dalam Piala Audi.
Sane telah menjaringkan 10 gol sepanjang dua musim beraksi bersama City tetapi masih lagi belum menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab itu.