BUNDESLIGA
Bayern Munich dihimpit masalah bahagian tengah
BAYERN 4 FURTH 1
Corentin Tolisso mengalami ketegangan otot ketika Bayern Munich melakar kemenangan 4-1 ke atas Greuther Furth, malam tadi.
Gergasi Bundesliga itu terpaksa bangkit untuk menewaskan pasukan tercorot Bundesliga itu dengan empat gol dalam separuh masa kedua termasuk dua jaringan Robert Lewandowski.
Iklan
Tolisso dikeluarkan pada minit ke-25 selepas terjatuh menahan kesakitan sambil mencengkam paha kirinya berikutan terjahan Paul Seguin.
"Pada mulanya kami bimbang bahawa ia boleh lebih buruk, tetapi nasib baik ia hanya melibatkan ketegangan otot," kata pengurus Bayern, Julian Nagelsmann, selepas perlawanan.
Nagelsmann berkata kepada DAZN: "Bagaimana kami boleh menggantikan Coco? Marcel Sabitzer, Marc Roca, Jamal Musiala masing-masing tercedera dan semoga Leon Goretzka boleh kembali beraksi tidak lama lagi."
Pertahanan tengah, Lucas Hernandez, turut hanya bertahan selama 53 minit perlawanan di Arena Allianz itu.
Bagaimanapun, isunya tidak begitu serius dan Naglesmann menambah: "Keadaan Luci tidak begitu teruk, dia mengalami kekejangan."
Kecederaan telah menghadkan Tolisso kepada hanya 12 perlawanan Bundesliga musim ini selain menyumbangkan dua gol.
Apabila pemain tengah itu beraksi, dia mampu melaksanakan tugas yang sangat baik untuk transisi menyerang Bayern.
Tolisso melakukan hantaran tertinggi, 32 kali, di bahagian terakhir pertahanan lawan musim ini ketika menentang Arminia Bielefeld pada November lalu.
Kemudian dia membuat 21 hantaran dalam situasi sama termasuk menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 4-1 di Hertha Berlin bulan lalu disusuli 13 hantaran berkualiti di kawasan lawan dalam kemenangan 3-2 ke atas RB Leipzig, bulan ini.
Bayern akan bertandang ke Eintracht Frankfurt dalam perlawanan Bundesliga seterusnya, Ahad depan.
Must-Watch Video