Lothar Matthaus menjangkakan Bayern Munich mampu memancing bakat-bakat muda kelab Ligue 1, AS Monaco, akhir musim ini.
Monaco memperagakan aksi mempesonakan dalam liga utama Perancis musim ini menerusi kelajuan, pemain muda dan kecergasan, untuk menghuni puncak liga serta mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.
Bakat remaja Perancis seperti Kylian Mbappe, Thomas Lemar, Tiemoue Bakayoko dan Bernardo Silva, kesemuanya dilaporkan menarik minat seluruh Eropah dan Monaco bersedia untuk menyekat sebarang minat dalam usaha mengekalkan pemain terbaik mereka.
Bayern mengesahkan gelaran Bundesliga buat kali kelima berturut-turut ketika membenam Wolfsburg 6-0 pada hujung minggu lalu tetapi dijangka akan memperkasakan skuad mereka setelah tersingkir di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dan separuh akhir DFB-Pokal kepada Borussia Dortmund.
Matthaus mendakwa ketua peninjau bakat Bayern telah hadir dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara ketika Monaco menentang Dortmund, dan legenda kelab itu percaya bahawa ia isyarat bahawa Die Roten sudah bersedia untuk mengambil langkah dalam pasaran perpindahan.
Bercakap kepada Sky, beliau berkata: "Saya mendapat tahu bahawa ketua peninjau bakat Bayern, Michael Reschke, berada di stadium dalam perlawanan Liga Juara-Juara melibatkan AS Monaco dan Borussia Dortmund, sudah tentu ia bukan kerana meninjau pemain Borussia Dortmund.
"Saya tidak akan terkejut jika satu atau lebih pemain dari Monaco bermain untuk Bayern (dalam musim seterusnya)."