Pembantu ketua jurulatih Bayern Munich yang baru dilantik, Willy Sagnol, menyifatkan pasukan juara Jerman itu kini lebih besar berbanding sewaktu persaraannya pada tahun 2009.
Bayern meninggalkan Stadium Olimpik pada tahun 2005 dan berpindah ke Allianz Arena, membolehkan Sagnol sempat merasai nikmat di penghujung kariernya di situ.
Namun, sejak dia menggantung kasut, skuad The Bavarians telah mengesahkan status selaku pasukan paling berjaya di Jerman apabila meraih lima kejuaraan Bundesliga secara berturut-turut sejak 2012-13 serta memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang kelima dalam sejarah kelab.
“FC Bayern telah menjadi lebih besar.
“Apa yang menarik, budaya di sini masih sama dan itu yang paling penting,” kata Sagnol.
Sebelum ini, Sagnol mengendalikan skuad kebangsaan bawah 21 tahun Perancis serta pasukan Ligue 1, Girondins Bordeaux, namun meninggalkan Les Girondins pada Mac 2016 selepas melalui musim yang tidak memuaskan.
Awal bulan lalu, dia kembali ke kem kejurulatihan selepas dilantik sebagai pembantu buat pengendali, Carlo Ancelotti, di Allianz Arena.
Bagi bekas pemain yang pernah melakukan penampilan sebanyak 58 kali untuk skuad kebangsaan Perancis ini, peluang bekerjasama dengan Ancelotti adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.
“Secara jujur, peluang untuk kembali ke Munich dan bekerjasama dengan salah seorang jurulatih terhebat dunia adalah kesimpulan yang hebat untuk karier saya,” katanya.