Skip to main content

Bola Sepak

Bayern cuba dapatkan Havertz -- Voller

kai-havertz_xyhospro2h4d1ht8gdktw43cv.jpg
Pemain Jerman, Kai Havertz, menjadi sasaran Bayern Munich tahun ini, kata Pengarah Sukan Bayer Leverkusen, Rudi Voller.

Havertz menikmati kempen cemerlang bersama Leverkusen bagi musim 2018-19, menjaringkan 17 gol di pentas Bundesliga serta membantu pasukan itu mara ke Liga Juara-Juara Eropah.

Pengarah Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, sebelum ini memberi bayangan bahawa juara bertahan Bundesliga itu berminat dengan khidmat Havert yang telah menyumbat satu gol hasil daripada dua penampilan musim ini.

Namun, Voller menegaskan pasukannya tidak berminat dengan tawaran buat pemain berusia 20 tahun itu tetapi mengesahkan telah berhubung dengan Rummenigge.

"Tidak dinafikan terdapat beberapa panggilan telefon dan minat yang jelas," katanya.

"Saya bercakap secara terus dan berhemah dengan Rummenigge. Dia faham bahawa kami tidak bercadang untuk menjual Havertz.

"Bayern bukan satu-satunya kelab yang bertanya tentang pemain itu.

"Suka saya nyatakan bahawa saya gembira melihat pemain seperti Havertz beraksi untuk kami.

"Jika ia tidak menjadi isu, sentiasa ada saluran televisyen seperti Sky dan DAZN. Anda boleh ikuti semua liga besar dalam Eropah."

Tahun ini, Bayern turut terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat dua pemain sayap daripada Liga Perdana Inggeris, Leroy Sane dan Callum Hudson-Odoi.

Mereka membawa masuk Philippe Coutinho dan Ivan Perisic secara pinjaman daripada Barcelona dan Inter Milan selepas kehilangan khidmat pemain sayap veteran, Arjen Robben dan Franck Ribery.
 

Advertisement

Must Watch Video