Ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim, kesal dengan persembahan anak buahnya walaupun berjaya membenam tuan rumah Perak 4-3 dalam aksi Piala Malaysia di Ipoh, malam tadi.
Mana tidaknya, selepas mendahului permainan 4-0, pemain kelihatan sudah mula hilang fokus dan bersahaja dalam permainan yang membolehkan Perak bangkit dengan tiga gol sambil menekan permainan sehingga wisel penamat ditiupkan.
"Tidak perlu untuk gopoh-gopah bila sudah mendahului lawan dengan empat jaringan. Jangan hilang bola, hanya perlu fokus. Saya dah pesan jangan ambil mudah bila jauh di hadapan.
"Dalam bola sepak, ini tidak boleh. Kena pula kehilangan Lee Tuck dan bermain dengan 10 orang. Sepatutnya mereka (pemain) lebih peka dalam situasi ini.
"Bagaimanapun, saya berpuas hati di atas semangat pemain-pemain saya. Kemenangan di gelanggang lawan satu kemenangan moral yang baik," jelasnya.
Bagi pengendali berpengalaman itu, saingan kejohanan masih awal dan sasaran kini adalah untuk berhadapan dengan Felcra FC.
"Saya akan mengekalkan sebahagian besar pemain yang ada untuk bertemu Felcra. Saya juga beritahu pemain supaya tanam di dalam kepala, kekalkan prestasi dan jangan hilang fokus, tidak kira siapa sahaja lawan kita nanti," ujarnya.