Bas pasukan Real Madrid terlibat dalam pelanggaran dengan lori di Warwickshire ketika dalam perjalanan pulang ke Sepanyol berikutan kekalahan kepada Liverpool.

Tiada pemain berada dalam basa tersebut namun perkhidmatan kecemasan telah dipanggil berikutan kemalangan yang berlaku semalam.

Warwickshire Police mengesahkan tiada kecederaan serius dialami selepas gambar dan video bas pasukan Real Madrid itu mengalami kerosakan di bahu lebuh raya. Bas itu mengalami kemalangan dengan sebuah lori sekitar jam 1:15 petang (waktu England), membawa kepada kelewatan yang lama berhampiran Warwick dan Hockley Heath.

Juara Eropah itu tewas di tangan Liverpool di Anfield, dengan Jude Bellingham dan Kylian Mbappe pulang ke Sepanyol menaiki kapal terbang selepas tewas 0-2. Dilaporkan bahawa dua pemandu dan dua lagi kakitangan kelab menaiki bas itu ketika ia kembali ke Sepanyol.


Kekalahan Real Madrid kepada Liverpool adalah kekalahan ketiga mereka dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara musim ini, menyaksikan pemenang 15 kali itu di tempat ke-24 dalam format pertandingan baharu.

Mbappe terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua ketika Liverpool menewaskan Madrid buat kali pertama sejak 2009, berikutan kekalahan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018 dan 2022.