Skip to main content

Bola Sepak

Barkley ubah fikiran, kekal di Goodison Park

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barkley.jpg
Pemain tengah Everton, Ross Barkley, melakukan kejutan apabila membuat keputusan untuk kekal di Goodison Park berbanding berhijrah ke Chelsea.

Everton dan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu telah bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai GBP35 juta (RM193 juta) untuk membawa pemain tengah England itu ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun, pemegang saham terbesar Everton, Farhad Moshiri, menjelaskan Barkley melakukan kejutan saat-saat akhir apabila mengubah fikiran dan mahu kekal bersama skuad kendalian Ronald Koeman walaupun sebelum ini dilaporkan meminta untuk dilepaskan.

“Kedua-dua pasukan telah bersetuju dengan nilai perpindahan dan segala syarat juga sudah dipersetujui, tetapi selepas ujian kesihatan dilakukan, Barkley memberitahu melalui ejennya, Paul Martin, bahawa dia mengubah keputusan dan mahu kekal,” kata Moshiri.

“Ia satu kejutan tetapi inilah bola sepak.

“Persaingan untuk posisi nombor 10 dalam pasukan kini semakin getir kerana kami juga memiliki Gylfi Sigurdsson, Wayne Rooney serta Davy Klassen. Barkley adalah pemain yang bagus tetapi dia harus beraksi.”

Berita itu pastinya perkhabaran yang tidak menggembirakan buat pengendali Chelsea, Antonio Conte, selepas sebelum ini terlepas untuk mendapatkan khidmat beberapa bintang seperti  Romelu Lukaku, Leonardo Bonucci, Danilo dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Advertisement

Must Watch Video