Jurulatih sementara skuad B-19 negara, Bradley Maloney, mempertimbangkan untuk bergandingan dengan jurulatih daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) menjelang pelantikan barisan kejurulatihan yang akan diumumkan kelak.
Walaupun ada desas-desus yang menyenaraikan nama Kris Young Wai Hong dan beberapa nama yang sudah sinonim dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Maloney pantas menafikannya sambil menegaskan segala-galanya masih dalam penilaian.
Dia tidak menolak nama-nama jurulatih daripada NFDP dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) turut dalam senarai akhir tetapi memerlukan penilaian akhir sebelum pengumuman dibuat.
"Terdapat ramai calon tetapi saya masih di peringkat perbincangan dengan pihak pengurusan.
"Saya harap dapat menawarkan perkembangan selanjutnya dalam masa terdekat," katanya.
Bekas pemain tengah Australia itu turut akur dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, yang menuntut skuad remaja negara untuk melepasi peringkat kelayakan Kejohanan AFC 2019 di Kemboja, 2 hingga 10 November depan.
Bakal melewati ujian dalam Kejohanan AFF 2019 di Vietnam dari 5 hingga 18 Ogos ini terlebih dahulu, Maloney menegaskan hasrat untuk mempertahankan kejuaraan tidak berubah, namun pasukan yang dimiliki ketika ini adalah pemain yang berbeza.
"Kami sudah mula memanggil pemain-pemain sebagai persiapan awal dan kami merancang untuk mengharungi satu perlawanan persahabatan sebelum ke Vietnam.
"Segalanya belum muktamad lagi dan kami sedang mengusahakannya," katanya.