Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona tidak boleh ulang kesilapan sama -- Suarez

luissuarez.jpg
Luis Suarez berkata Barcelona perlu menilai semula persembahan apabila tewas kepada Liverpool dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Kelebihan tiga jaringan daripada aksi pertama dipadam oleh skuad kendalian Jurgen Klopp itu, yang mengejutkan juara LaLiga itu dengan kemenangan 4-0 di Anfield, awal pagi tadi.

Dua jaringan daripada Divock Origi dan Georginio Wijnaldum membawa finalis musim lalu, Liverpool, sekali lagi ke final yang dijadual berlangsung di Madrid.

Musim lalu, Barca membawa kelebihan 4-1 dalam aksi pertama suku akhir berdepan Roma sebelum tewas 3-0 di Rome.

"Ini merupakan kali kedua penyingkiran ini berlaku kepada kami," kata Suarez.

"Kami tidak boleh melakukan kesilapan sama dua tahun berturut-turut. Kami perlu menilai semula persembahan kami dan melihat kesilapan yang telah dilakukan. 

"Kami sangat sedih dan terpaksa menelan kekalahan ini."

Ernesto Valverde memimpin Barca mempertahankan gelaran LaLiga, namun kredibilitinya dalam saingan Eropah kini menjadi persoalan.

"Kami yang turun beraksi, jurulatih menyediakan taktikal dalam aksi pertama," kata Suarez. 

"Kami ingin memohon maaf kerana gagal membantu pasukan memenangi perlawanan ini. Kami bolos dua gol dalam tempoh yang singkat.

"Jaringan keempat Liverpool menyaksikan kami seperti tidak berpengalaman. Kami perlu menerima setiap kritikan terhadap pasukan."
 

Advertisement

Must Watch Video