Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, menegaskan bahawa gergasi LaLiga berkenaan sudah bersedia untuk melangsungkan kehidupan selepas ketiadaan Lionel Messi sambil menjangkakan bintang dunia itu akan beraksi dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Messi, 31, menyampaikan satu lagi persembahan bertaraf dunia ketika Barca menundukkan Liverpool 3-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), semalam.
Penggempur berbisa itu melengkapkan malam memukaunya itu dengan sepakan percuma untuk jaringan ke-600 buat Barcelona -- kelab yang disertainya sejak berusia 13 tahun.
Sungguhpun Bartomeu berasakan Messi akan kekal di Barca dalam tempoh beberapa tahun lagi, beliau mendedahkan mereka secara perlahan-lahan mula membuat perancangan masa depan.
"Dia mungkin bermain sehingga usia 45 tahun, siapa yang tahu? Kita tahu dia pasti akan bermain dalam tempoh tiga, empat, lima tahun lagi tetapi kita masih tidak tahu -- dia akan beraksi selama mana yang dihajatinya," katanya melalui The Guardian.
Tonggak kami seperti (Ousmane) Dembele, (Clement) Lenglet, Arthur sudah bersedia menampung pasukan apabila Messi bersara kelak tetapi saya masih melihatnya akan masih jauh lagi akan berlaku.
"Kami telah memberitahu pemain yang bermain dan berlatih di sampingnya: 'Manfaatkan setiap minit yang diluangkan bersama-samanya'.
"Kami berurusan seperti sebuah keluarga tetapi masih sangat awal untuk mengatakannya. Dia adalah pemain bola sepak, jadi kami bercakap tentang bola sepak dan dia akan kekal bersama kami.
"Saya selalu bercakap tentang Pele yang sering dikaitkan dengan Santos, satu-satunya kelab yang beliau wakili. Leo adalah milik bola sepak dunia tetapi dia akan sentiasa kekal di Barca.
"Dia akan menjadi pemain yang mewakili kelab tunggal. Leo tidak akan berpindah. Dia akan bersara tetapi dia akan tetap bersama kami."
Messi merupakan pemenang lima gelaran Ballon d'Or selain pelbagai gelaran lain, termasuk membantu Barca meraih 10 gelaran LaLiga dan empat trofi UCL.
Bartomeu berkata biarpun Messi berbakat luar biasa, dia menonjolkannya seperti kelihatan normal.
"Leo adalah seorang yang bijak dan ia sudah berlarutan dalam banyak musim dan perlawanan," katanya.
"Kami hidup dalam era yang luar biasa tetapi bagi peminat kami, ia kelihatan normal."