Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona, Real Madrid tersungkur pada hari yang sama sejak 2015

barcelona-messi.jpg
SEVILLA 3 REAL MADRID 0

Real Madrid gagal memanfaatkan kekalahan Barcelona kepada Leganes apabila kedua-dua kelab gergasi itu tewas perlawanan LaLiga pada hari yang sama buat kali pertama sejak Januari 2015.


Juara dan pemimpin LaLiga, Barca, tunduk 1-2 di Butarque dengan pemain pinjaman dari Madrid, Oscar Rodriguez, mencetak gol kemenangan untuk Leganes apabila memanfaatkan kesilapan Gerard Pique, awal pagi tadi. 

Sehubungan itu, Madrid berpeluang untuk merampas puncak liga, namun mereka tumbang dalam aksi liga buat pertama kalinya di bawah kendalian Julen Lopetegui dengan gaya yang menakjubkan di Seville.

Andre Silva meledak dua gol sementara Wissam Ben Yedder turut menemui sasaran pada babak pertama untuk anak buah Pablo Machin itu menguasai aksi di Ramon Sanchez Pizjuan.

Selepas enam perlawanan, Barca dan Madrid saling mencabar kedudukan teratas liga dengan barisan pemain Ernesto Valverde mengatasi seteru ketat mereka itu dengan perbezaan gol.

Kekalahan Barca dan Madrid menjadi berita gembira buat Atletico Madrid yang ketinggalan dua mata untuk menghuni tangga ketiga sebelum bermula perlahan musim ini. 

Advertisement

Must Watch Video