Ernesto Valverde memberi amaran kepada pemain Barcelona supaya tidak cepat berpuas hati selepas melakar kemenangan dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) dengan membenam Liverpool 3-0 sambil mengingatkan mereka tentang insiden mengatasi Roma dengan jurang tiga gol tetapi tetap disingkirkan setahun lalu.
Skuad Blaugrana itu menundukkan Roma 4-1 di Camp Nou dalam pertemuan pertama musim lalu sebelum rebah 0-3 di Stadio Olimpico yang menyaksikan skuad kendalian Eusebio Di Francesco itu mengubah keputusan pertemuan berkenaan dengan penuh dramatik.
Maka, tidak hairanlah mengapa Valverde ingin mengambil pendekatan berhati-hati demi mengelak sejarah daripada berulang.
Luis Suarez menyumbat gol ke atas kelab lamanya itu untuk membuka tirai jaringan sebelum dua gol Lionel Messi meletakkan Liverpool dalam laluan berliku sekiranya berhasrat untuk memadam keputusan berkenaan di Anfield, Rabu depan.
Valverde memilih ketangkasan Marc-Andre ter Stegen yang menghalang usaha kedua James Milner serta percubaan Mohamed Salah sebagai titik tolak kepada perlawanan itu.
"Mereka mempunyai peluang yang sangat menarik," kata Valverde kepada Movistar +. "Satu percubaan mereka terkena tiang manakala Marc turut menyelamatkan satu percubaan.
"Mereka mengawal permainan pada masa-masa tertentu dan memberi tekanan kepada kami tetapi kami berjaya mengatasi sebuah pasukan yang sangat ampuh.
"Begitupun, situasi sama berlaku tahun lalu memandangkan kami juga membawa bekalan tiga gol ketika menentang Roma."
Jaringan kedua Messi itu adalah yang ke-600 buat Barcelona -- satu tendangan bebas dari jarak 30 ela ke sudut atas gawang yang mendorong penjaga gawang Liverpool, Alisson, sekadar memerhatikannya.
Valverde percaya pemenang lima kali Ballon d'Or itu masih berkeupayaan untuk mengejutkan rakan sepasukannya.
"Kami tahu kemampuan Leo tetapi dia tidak akan berhenti daripada mengejutkan kami," katanya.
"Dia menjadi dorongan buat kami tetapi kami masih perlu beraksi dalam pertemuan kedua."