Lionel Messi berasakan Barcelona perlu fokus kepada saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas gagal berada dalam kelompok gergasi Eropah sejak tiga musim lalu.
Kali terakhir Barca memenangi UCL adalah pada 2014-15 dan sejak itu, mereka gagal melepasi peringkat suku akhir.
Atletico Madrid, Juventus dan Roma telah menyingkirkan mereka dan musim lalu -- berdepan skuad kendalian Eusebio Di Francesco -- Barcelona gagal mempertahankan kemenangan pertama 4-1 apabila Roma mara ke separuh akhir dengan jaringan di tempat lawan.
Kekecewaan itu tidak memberikan impak dalam saingan domestik apabila Barca meraih kejuaraan berganda dengan memenangi LaLiga dan Copa del Rey tetapi Messi mahu pasukannya mempertingkatkan persembahan dalam saingan UCL selepas diundi bersama Inter, Tottenham dan PSV.
"Tahun ini, kami akan beraksi dalam UCL. Kami tersingkir dalam suku akhir sejak tiga musim lalu.
"Kami perlu memberikan tumpuan kepada saingan ini kali ini. Kami memiliki skuad yang berkualiti untuk bermain dengan cemerlang kali ini."