Antoine Griezmann berpendapat Barcelona telah meningkat walaupun tanpa kehadiran Lionel Messi dan Luis Suarez untuk meraih kemenangan pertama LaLiga musim ini ketika melayan kunjungan Real Betis, awal pagi tadi.
Penyerang bernilai EUR120 juta (RM562 juta) yang menyertai Barca daripada Atletico Madrid itu membuka akaun jaringan bersama kelab barunya pada minit ke-41 untuk memadamkan gol pendahuluan lawan oleh Nabil Fekir sebelum menambah jaringan kedua bagi membolehkan skuad kendalian Ernesto Valverde itu di depan, lima minit selepas rehat.
Tuan rumah meraih kemenangan 5-2, sekali gus memadamkan kekecewaan tewas di tangan Athletic Bilbao dalam aksi pembukaan liga minggu lalu dan Griezmann -- yang mengakui banyak perkara perlu diperbaiki -- berkata dia teruja melihat bagaimana Barca menyesuaikan diri tanpa kelibat dua bintang yang cedera, Messi dan Suarez.
"Kami telah meningkat dengan baik dan masih ada ruang yang perlu diperbaiki tetapi ini adalah laluan yang tepat," katanya.
"Akhirnya, apabila ramai individu penting tiada, semua orang meneruskan kemaraan dan hari ini adalah contohnya.
"Selepas kekalahan yang dilalui, terdapat banyak komen dan kami perlu bekerja keras minggu ini. Akhirnya, kami menampilkan persembahan hebat. Kami menikmatinya."
Carles Perez, Jordi Alba dan Arturo Vidal turut meletakkan nama dalam senarai penjaring sebelum Loren Moron menjaringkan gol kedua pelawat pada lewat permainan.