BOLA SEPAK
Barcelona kolaborasi bersama selebriti terkenal Amerika Syarikat
Barcelona baru ini telah berkolaborasi bersama pemuzik ternama, Travis Scott dalam aksi kemenangan El Clasico 4-3 baru ini.
Tatkala Barcelona meraih kemenangan 4-3 ke atas musuh tradisi, Real Madrid, turut mencuri tumpuan adalah kolaborasi jersi ikonik mereka, Blaugrana, bersama logo 'Cactus Jack' iaitu label rekod muzik milik, Travis Scott.
Travis berada di tepi padang untuk menyokong pemain Barcelona ketika mereka berjalan keluar ke padang memakai versi jersi Blaugrana ikonik yang menampilkan logo Cactus Jack. Dan akhirnya, mereka muncul sebagai pemenang menentang musuh ketat mereka dalam edisi terbaru pertembungan El Clásico.
— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 11, 2025
Iklan
Dalam pada itu, Travis juga telah membuat satu konsert yang berlangsung di Tres Xemeneies menjelang aksi El Clasico itu dengan mempersembahkan lagu-lagu ikonik seperti "FE!N", "4X4", dan "SICKO MODE" sekaligus menjadi pemuzik pertama membuat persembahan di venue itu.
Kolaborasi Barcelona bersama salah satu artis muzik paling berpengaruh generasi kini sekaligus mencerminkan komitmen menghubungkan muzik dan fesyen ke dalam dunia bola sepak.
Must-Watch Video