Barcelona akan mengumumkan pengganti Luis Enrique pada 29 Mei ini, kata presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.
Kemenangan mendebarkan 4-2 ke atas Eibar awal pagi tadi adalah perlawanan terakhir Luis Enrique sebagai pengurus di Camp Nou, dengan Barca menyerahkan gelaran LaLiga kepada Real Madrid walaupun bangkit daripada ketinggalan 2-0.
Dia masih mempunyai perlawanan akhir Copa del Rey menentang Alaves hujung minggu depan tetapi muncul senarai nama penyandang berikutnya, dengan jurulatih Athletic Bilbao, Ernesto Valverde, dilaporkan salah seorang daripadanya.
"Pada Isnin 29 Mei, kami akan mengumumkan jurulatih baru," kata Bartomeu kepada Barca TV.
"Kami berterima kasih kepada Enrique di atas usaha diberikannya. Pintu dibuka. Sekarang kami mempunyai Copa."
Mengikuti jejak langkah Andres Iniesta, Bartomeu mengucapkan tahniah kepada skuad Zinedine Zidane di atas kejayaan mereka selepas kemenangan 2-0 ke atas Malaga.
"Jelas sekali kami mengucapkan tahniah kepada juara dan pemain kami di atas musim yang mereka usahakan," katanya, sebelum menegaskan mengenai Lionel Messi.
Dia menambah: "Tiada keraguan bahawa perkahwinan di antara Messi dan Barca akan berterusan."