Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona akan perlukan masa apabila Messi keluar -- Guardiola

lionelmessipepguardiola-cropped_bk1qiq5ibciu18bg7ffot16n2.jpg
Pep Guardiola memberi amaran Barcelona akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri apabila Lionel Messi meninggalkan kelab itu, sama seperti keperitan yang dialami Real Madrid selepas kehilangan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo meninggalkan Los Blancos untuk ke Juventus pada Julai 2018 dan gergasi Sepanyol itu bergelut apabila hanya menjulang trofi Piala Dunia Kelab dan menyaksikan mereka menerima sentuhan tiga pengendali termasuk kepulangan Zinedine Zidane.

Pengurus Manchester City, Guardiola, menjangkakan bekas pasukannya itu akan melalui perkara sama apabila seorang lagi pemain terhebat sepanjang zaman, Messi, meninggalkan Camp Nou.

"Ia sukar digantikan, pemain seperti ini sangat unggul," katanya.

"Apabila Messi meniggalkan Barca, ia memerlukan untuk menyesuaikan diri. Messi sukar digantikan.

"Mereka menjaringkan 40-50 gol semusim."

Guardiola terus menikmati karier kejurulatihan sejak meninggalkan Barcelona, mengemudi Bayern Munich sebelum berhijrah ke Manchester.

Dua kali meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Guardiola kini mempunyai seorang lagi bintang muda dalam skuadnya, Phil Foden.

Pemain tengah itu hanya tampil dua kali dalam kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris musim ini tetapi Guardiola yakin dengan bakat dimiliki pemain itu.

"Dia akan mencipta kejutan," katanya.

"Tiada klausa di sini. Anda memilikinya secara kasar tetapi perlu berbincang dengan saya."


Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found