Lionel Messi dan sebilangan pemain utama Barcelona akan tampil lebih segar ketika berdepan Manchester United dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini, selepas direhatkan daripada perlawanan menentang Huesca.
Kapten Barca, Messi, mengalami bengkak dan pendarahan ketika disiku Chris Smalling dalam suku akhir pertama di Old Trafford, kelmarin.
Dia akan diketepikan daripada menjadi sebahagian 18 pemain yang akan bertandang ke Stadium El Alcoraz bagi aksi LaLiga, malam ini.
Sergio Busquets turut akan diketepikan manakala Luis Suarez dan Gerard Pique pula digantung perlawanan.
Bagaimanapun, Ivan Rakitic (demam) dan Sergi Roberto (kecederaan kaki) tidak akan menyertai perlawanan itu sebelum United bertandang ke Camp Nou.
Ketiadaan beberapa tonggak utama itu menyaksikan Kevin Prince Boateng, yang ditandatangani pada Januari lalu, akan melakukan penampilan keduanya sebagai kesebelasan utama dalam LaLiga.
Pemain muda, Jean-Clair Todibo, Riqui Puig, Abel Ruiz dan Moussa Wague, turut sedang merebut tempat untuk berdepan lawan di tangga tercorot itu.
Barca kini berkelebihan 11 mata di depan pencabar terdekat, Atletico Madrid, dengan hanya berbaki tujuh perlawanan musim ini.