Skip to main content

Bola Sepak

Barca masih mampu juarai LaLiga -- Enrique

15517luis-enrique.jpg
Ketua jurulatih, Luis Enrique, menegaskan Barcelona masih mampu menewaskan Real Madrid dalam saingan menjuarai LaLiga walaupun skuad kendalian Zinedine Zidane terus mempamerkan aksi cemerlang, awal pagi tadi.

Real merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Sevilla, menyamai pungutan mata dengan Barca,  yang turut meraih kemenangan yang jaringan sama ketika berdepan Las Palmas.

Los Blancos akan kembali dinobat sebagai juara Sepanyol sejak 2012 jika mereka meraih empat mata dalam dua perlawanan terakhir berdepan Celta Vigo dan Malaga manakala satu kekalahan akan mengembalikan kejuaraan LaLiga ke tangan The Catalans.

Luis Enrique berasakan saingan belum beraksi kerana skuad kendaliannya pernah tewas kepada Celta dan Malaga pada awal musim ini, bermakna Real juga mungkin akan mengharungi keputusan yang sama.

"Mereka perlu menghadapi dua perlawanan yang sukar, berdepan Celta dan Malaga. Mereka telah menewaskan kami musim ini," kata Enrique.

"Saya percaya Real mungkin memiliki nasib yang sama seperti kami.

"Barca akan memberikan tumpuan kepada perlawanan berdepan Eibar, kami perlu memenangi perlawanan ini jika mahu berpeluang menjuarai LaLiga."

Advertisement

Must Watch Video