Lionel Messi adalah pemain terbaik dunia "setakat ini" dan Barcelona haruslah memanfaatkannya selagi boleh, kata pertahanan, Jordi Alba.
Messi sekali lagi mempamerkan kecemerlangan apabila dua jaringannya dalam babak kedua membantu kemenangan 3-0 Barca ke atas Liverpool dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Camp Nou, awal pagi tadi.
Bintang Barca itu menjaringkan golnya yang ke-600 bersama gergasi LaLiga berkenaan dengan sepakan percuma dari jarak 30 ela untuk meletakkan Barca di landasan tepat untuk melangkah ke perlawanan akhir.
Alba, yang mencipta gerakan untuk gol pembukaan Luis Suarez, melabel Messi sebagai pemain terbaik di dunia sambil mendesak pasukannya agar memanfaatkan sentuhan pemain Argentina itu.
"Kami saling memahami satu sama lain. Kami sudah beraksi bersama-sama selama tujuh tahun dan ia terbukti," katanya melalui Mundo Deportivo.
"Dia merupakan pemain paling berkesan dan yang terbaik di dunia setakat ini.
"Kami yang lain perlu mengambil kesempatan daripada kehadirannya."
Messi meledak dua gol dalam tempoh tujuh minit babak kedua dan kegagalan Liverpool menyempurnakan peluang terhidang terbukti terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Begitupun, Alba mengatakan belum ada kejayaan yang mahu diraikan pasukannya kerana sedar perjuangan untuk aksi timbal balik di Anfield, Rabu depan, belum selesai.
"Kami telah mempamerkan aksi yang hebat, ia keputusan yang sangat baik," katanya. "Tetapi kami belum mahu berpesta di dalam bilik persalinan.
"Kami sedar tentang perlawanan kedua, kami perlu menang tanpa mencetuskan sebarang spekulasi."