Skip to main content

Bola Sepak

Barca dedah tarikh penamaan jurulatih

30417luis-enrique.png
Barcelona akan menamakan pengganti Luis Enrique pada 29 Mei ini, dedah Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu.

Selepas memenangi perlawanan mendebarkan 4-2 ke atas Eibar pada awal pagi semalam, ia adalah perlawanan terakhir skuad bimbingan Luis Enrique itu di Camp Nou dengan Barca menyerahkan gelaran LaLiga kepada Real Madrid.

Dia masih akan menghadapi perlawanan akhir Copa del Rey pada hujung minggu depan menentang Alaves tetapi ternyata calon penggantinya sudah digembar-gemburkan, dengan jurulatih Athletic Bilbao, Ernesto Valverde, dilaporkan antara pilihan.

"Pada 29 Mei nanti, kami akan mengumumkan jurulatih baru," ujar Bartomeu kepada Barca TV.

"Kami berterima kasih kepada Luis Enrique di atas usaha beliau dan sasaran yang ingin dicapainya. Pintu sudah terbuka dan kami akan menghadapi perlawanan akhir Copa."

Seperti Andres Iniesta, Bartomeu mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Zinedine Zidane di atas kejayaan mereka berikutan kemenangan 2-0 ke atas Malaga.

"Jelas sekali kami perlu mengucapkan tahniah kepada juara dan pemain kami di atas usaha yang ditunjukkan sepanjang musim ini," katanya, sebelum menegaskan Lionel Messi -- yang dua golnya membawa kepada keseluruhan 37 jaringan peribadinya dalam liga musim ini -- akan kekal di kelab itu.

Beliau menambah: "Tidak ada keraguan bahawa ikatan di antara Messi dan Barca akan berterusan."

 

Advertisement

Must Watch Video