Bapa Faisal Halim, Abdul Halim Saad, menyerahkan segala keputusan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada individu yang menganiayai anaknya selepas disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.
Melalui video yang tular di media sosial, dia percaya ada hikmah disebalik insiden yang melanda keluarganya dan berharap individu yang bertanggungjawab diberikan hidayah agar segera berubah.
Perkembangan terkini Faisal dikhabarkan semakin positif apabila balutan di badannya sudah mula dibuka selepas menjalani pembedahan kedua sebelum ini selain sudah dibenarkan menjamah.
"Hanya isteri dia dibenarkan masuk ketika ini bagi mengelak jangkitan serta trauma dan menjaga emosi dia.
"Saya reda dan percaya ada hikmah disebaliknya, saya terima. Saya harap individu yang melakukan perkara ini diberikan hidayah dan pintu hatinya terbuka sebagai seorang muslim." katanya.
Stadium Astro
Thu May 09 2024