Skip to main content

Bola Sepak

Bantu Palace elak penyingkiran tugas paling sukar Allardyce

15517sam-allardyce.jpg
CRYSTAL PALACE 4 HULL CITY 0

Sam Allardyce menyifatkan cabaran untuk mengekalkan Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan tugas paling sukar dalam kerjayanya.


Palace meraih kemenangan 4-0 ke atas Hull City di Selhurst Park semalam -- keputusan yang mengesahkan penyingkiran pasukan pelawat.

Allardyce memiliki rekod yang cemerlang memastikan pasukan kendaliannya mengelak penyingkiran EPL ketika bersama Bolton Wanderers, Blackburn Rovers, Newcastle United, West Ham, Sunderland serta Palace.

The Eagles meraih lapan kemenangan dalam 15 perlawanan, termasuk menewaskan gergasi EPL, Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

Allardyce percaya kesukaran yang dihadapi musim ini merupakan cabaran paling sukar dihadapi dalam kerjayanya.

"Sejujurnya, membantu Palace mengelak penyingkiran merupakan tugas yang paling sukar saya tempuhi," katanya. 

"Kami memastikan meraih tiga mata penuh ketika berdepan Chelsea, Liverpool dan Arsenal.

"Prestasi pasukan tergugat apabila pemain-pemain mengalami kecederaan tetapi kami bangkit semula dan menamatkan perlawanan ini dengan cemerlang.

Palace mendahului perlawanan seawal minit ketiga menerusi jaringan Wilfried Zaha.

Christian Benteke menjadikan kedudukan 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama dan Palace tidak menghadapi kesukaran untuk menamatkan perlawanan dengan menambah dua jaringan daripada Luka Milivojevic dan Patrick van Aanholt.

Allardyce berasakan cara mereka menguasai permainan dan menyempurnakan peluang dilihat sebagai 'persembahan yang sempurna'.

"Ia merupakan keputusan yang melegakan. Kami menyedari jika Palace tersingkir, ia akan menggugat kelab ini."

"Palace sudah beraksi selama empat tahun dalam EPL dan mahu terus berkembang bagi masa hadapan.

"Kemenangan ini merupakan hasil permainan mantap dipamerkan oleh pemain-pemain."

Advertisement

Must Watch Video