LIGA INGGERIS
Bamford samai rekod Cantona selepas jaring hatrik ke atas Villa
Patrick Bamford menyamai rekod Eric Cantona ketika dia menjaringkan hatrik yang memberikan Leeds United kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi tadi.
Penyerang Leeds itu membuka jaringan pada minit ke-55 apabila memanfaatkan bola muntah susulan Emiliano Martinez menyelamatkan percubaan Rodrigo Moreno.
Pemain berusia 27 tahun itu kemudian melakukan rembatan gemilang dari jarak 20 ela yang tepat menuju penjuru kiri atas gawang lawan untuk menggandakan pendahuluan sebelum mengekalkan ketenangannya di dalam kawasan penalti bagi melengkapkan hatrik dalam tempoh 19 minit.
Iklan
Bamford kini telah mengumpulkan enam gol sepanjang musim ini dan hanya Cantona merupakan pemain Leeds lain yang pernah melakukan perkara sama dalam enam perlawanan pertama satu kempen EPL dalam musim 1992-93.
Bekas penyerang Chelsea itu menjadi pemain Leeds kesembilan menjaringkan hatrik dalam EPL dan pemain kedua kelab itu menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama di tempat lawan berturut-turut sejak Gordon Hodgson melakukannya dalam musim 1937-38.6 - Patrick Bamford has scored six goals in Leeds' first six league matches this season - only Eric Cantona in 1992-93 (also six) has scored as many goals for the Whites at this stage of a Premier League campaign. Silenced. pic.twitter.com/cOznO8pkyK— OptaJoe (@OptaJoe) October 23, 2020
Skuad kendalian Marcelo Bielsa itu memberikan Villa kekalahan pertama dalam EPL musim ini dan menamatkan rekod enam perlawanan tanpa kalah buat pasukan bimbingan Dean Smith itu sejak musim lalu.
3 - Leeds United's win has moved them to third in the Premier League table, their highest position at the end of a day in the division since September 20th, 2002. Dizzying. pic.twitter.com/7gdlYVucnC— OptaJoe (@OptaJoe) October 23, 2020
Must-Watch Video