Nice akan cuba melakukan apa sahaja yang mungkin untuk membantu Mario Balotelli berpindah dari kelab Perancis itu, kata Patrick Vieira.
Penyerang itu tidak terlibat hari ini ketika bos baru, Vieira, memulakan saingan Ligue 1 dengan kakalahan 1-0 di laman Reims yang baru dinaikkan.
Ditanya mengenai ketiadaan pemain antarabangsa Itali itu, Vieira mengesahkan bahawa pemain itu menyatakan keinginannya untuk berpindah setelah dua musim di Allianz Riviera dan karana itu dia tidak dipertimbangkan dalam pemilihan.
"Pemain itu mahu meninggalkan pasukan, jadi dia tidak akan kekal di sini," kata bekas pemain tengah Arsenal itu dalam wawancara dengan Canal+.
"Kami mahukan pemain yang mempunyai keinginan untuk maju bersama kelab, ia satu situasi yang rumit dan sukar, jadi kelab akan cuba melakukan apa sahaja yang mungkin untuk membantunya pergi."
Balotelli -- yang menjaringkan 33 gol liga sejak menyertai Nice selepas tempoh buruk dengan Liverpool -- mengadakan rundingan mengenai perpindahan ke pesaing domestik, Marseille.
Pemain berusia 27 tahun itu juga dikaitkan akan kembali ke Serie A walaupun Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, dengan tegas menolak idea untuk menandatangani bekas pemain Inter dan AC Milan itu bulan lalu.