Tanpa kelibat Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang bakal beraksi dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama sejak 2013, Mario Balotelli tetap memberikan sokongan kepada kedua-dua pemain itu.
Messi dan Barcelona tewas kepada Liverpool semalam semetara Ronaldo yang bersama Juventus, disingkirkan Ajax dalam pusingan suku akhir.
Dengan Liverpool bakal berdepan Tottenham dalam final, kedua-dua bintang itu -- yang dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman -- bakal terlepas perlawanan terbesar dalam saingan bola sepak Eropah.
Ini kali terakhir berlaku apabila Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund di Wembley pada 2013.
Tetapi penyerang Marseille, Balotelli, mendakwa sebarang kritikan terhadap kedua-dua pemain itu "tidak masuk akal" sambil menyifatkan Messi sebagai "makhluk asing" dan Ronaldo merupakan yang terbaik.
"Messi adalah makhluk asing di sebalik mengharungi perlawanan yang sukar," kata Balotelli menerusi instagram selepas Barcelona tewas 4-0 kepada Liverpool di Anfield.
"Ronaldo kekal sebagai pemain terbaik dunia walaupun gagal ke separuh akhir.
"Kritikan terhadap dua pemain ini tidak masuk akal. Anda tidak boleh berkata perkara yang buruk terhadap kedua-dua pemain ini kerana gagal melangkah ke final."